Salam Ukkhuwah Fillah

Assalamualaikum wm. wbt.

Salam Ukkhuwah Fillah dari Kak Yong. Semoga blog ini menjadi medan ukkhuwah dan muamalah di antara kita semua. Diharap semua yang berurusan di blog ini untuk ukkhuwah dan muamalah bersikap jujur dan ikhlas. Moga-moga segala urusan kita mendapat Rahmat dan Keberkatan dari Allah, InsyaAllah.

Perniagaan Kak Yong telah dimulakan sejak tahun 2010. Perniagaan bermula dengan menerima tempahan katering secara kecil-kecilan dari saudara mara dan kenalan terdekat. Dari hebahan mulut ke mulut, jumlah pelanggan semakin bertambah dan perniagaan semakin berkembang.

Oleh kerana permintaan semakin meningkat, perniagaan kak yong telah mengorak langkah dengan mendaftarkan perniagaan ini atas nama BERKAT BERSERAH ENTERPRISE (No Pendaftaran : XXXXXXX) pada XX Januari 2013.

Perniagaan kak yong menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan seperti berikut:

Katering makanan:-
- Perniagaan Kak Yong menawarkan pelbagai pilihan menu untuk perkhidmatan katering. Untuk mengetahui lebih lanjut sila ke katering makanan

Katering sate:
- Kami juga menawarkan katering sate ayam dan daging untuk sebarang majlis. Keterangan lanjut sila ke katering sate

Katering air balang:
- Keistimewaan katering air balang kami ialah kami menyediakan pilihan lebih dari 10 jenis air balang yang istimewa untuk dihidangkan kepada tetamu anda supaya majlis anda sentiasa menjadi bualan dan ingatan para tetamu. 
- Untuk keterangan lanjut sila ke air balang istimewa

No comments:

Post a Comment